Dua pemandu bas ditahan, disyaki miliki syabu di R&R Gua Musang

KOTA BHARU – Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu dalam satu operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia 39 dan 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang selepas pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah bas ekspres serta dua individu dipercayai pemandu bas berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bas membawa kepada penemuan bahan disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

“Polis turut merampas beberapa barangan lain dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,500,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *