Skip to content
8 November 2026
NasionalDaily

NasionalDaily

Terkini | Sahih | Dipercayai

  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
Tajuk Utama
  • Klinik Suzana – Menyerlahkan Kecantikan Semula Jadi, Membina Keyakinan Diri

    3 months ago3 months ago
  • Jenazah Cico Harahap selamat dikebumikan

    2 hours ago2 hours ago
  • Helikopter padam kebakaran hutan di Kalimantan Selatan terhempas, tiga kru nyaris maut

    2 hours ago2 hours ago
  • CSA demi kestabilan dan reformasi, di mana ‘Dajjalnya’?

    9 hours ago9 hours ago
  • Yayasan KOSMA Hargai Graduan USIM

    9 hours ago9 hours ago
  • Kerjasama MACE-IPRM Perkukuh Pendidikan Dan Industri Perhubungan Awam

    9 hours ago9 hours ago
  • Baki hukuman Najib: Tinggal 1 tahun 9 bulan, status tahanan rumah masih jadi persoalan

    12 hours ago3 hours ago
  • Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi

    Pojok: Titah diperkenan, denda dibayar, tahanan rumah pula tertangguh!

    13 hours ago13 hours ago
  • Nooryana kecewa pelaksanaan tahanan rumah bapanya tertangguh

    13 hours ago13 hours ago
  • Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat

    Wawasan mahu kerajaan jelaskan pihak arah tangguh tahanan rumah Najib

    14 hours ago14 hours ago
  • Tahanan Rumah Najib: KJ desak peguam negara bercuti

    14 hours ago14 hours ago
  • Home
  • 2026
  • June
  • 22
  • PRN Johor: Bersatu Pertimbang Guna Logo Parti Jika Penggunaan Logo PN Tidak Diluluskan
June 2026
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May   Jul »
  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan

PRN Johor: Bersatu Pertimbang Guna Logo Parti Jika Penggunaan Logo PN Tidak Diluluskan

Editorial ND5 months ago5 months ago03 mins
  • Politik
  • Utama

MUAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia mempertimbangkan penggunaan logo parti sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya tidak memperoleh kebenaran untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Klinik Suzana
📞 +6018-229 6248 | 💬 WhatsApp Sekarang

Menurut beliau, sebarang keputusan berhubung penggunaan logo dalam pilihan raya hanya akan dimuktamadkan melalui persetujuan bersama kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

“Kita sememangnya bercadang untuk menggunakan logo PN, namun perkara itu tertakluk kepada kelulusan serta prosedur tertentu termasuk keperluan mendapatkan watikah yang ditandatangani oleh Pengerusi PN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor ke-16 di Bakri, Ahad.

Mandian Air Mata Pusaka Puteri CSWK
📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Mohd Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali serta Pengerusi Bersatu Johor, Sahruddin Jamal.

Sebelum ini, pada 16 Jun lalu, Muhyiddin dilaporkan menyatakan bahawa Bersatu akan terus kekal bersama PN dan berhasrat menggunakan logo gabungan itu dalam PRN Johor serta Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mencetuskan reaksi daripada kepimpinan Pas yang berpendapat pengumuman berkenaan dibuat terlalu awal. Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa penggunaan logo PN memerlukan watikah rasmi yang ditandatangani oleh Pengerusi PN dan bukannya presiden mana-mana parti komponen.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Bersatu bersedia untuk bertanding lebih banyak kerusi pada PRN Johor dengan sasaran memperkukuh kedudukan parti bagi membentuk kerajaan negeri.

Teacher Sharifah Taman Indah Homestay Roomstay Tanah Merah
📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau menjelaskan bahawa daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekurang-kurangnya 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, sekali gus menuntut perancangan strategi yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding pilihan raya negeri terdahulu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Tagged: Berita Terkini Bersatu Guna Logo Nasionaldaily.com PN PRN Johor Tidak Lulus

Post navigation

Previous: Industri muzik tanah air perlu terus dihargai, diberi ruang sewajarnya – Fahmi
Next: Malaysia Destinasi Lawatan Sulung Tarique Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

NasionalDaily menampilkan berita yang sahih, tepat dan diyakini. Melaporkan berita dari segenap dimensi.

Email: info@nasionaldaily.com

Tel: +6010-894 2252 | +6012-922 2001

Berita Terkini

  • Jenazah Cico Harahap selamat dikebumikan
  • Helikopter padam kebakaran hutan di Kalimantan Selatan terhempas, tiga kru nyaris maut
  • CSA demi kestabilan dan reformasi, di mana ‘Dajjalnya’?
  • Yayasan KOSMA Hargai Graduan USIM
  • Kerjasama MACE-IPRM Perkukuh Pendidikan Dan Industri Perhubungan Awam

Kategori

  • Akademia
  • Berita Dari Asia
  • Berita Umum
  • Dunia
  • Ekonomi/Biz
  • Hiburan
  • Nasional
  • Pojok
  • Politik
  • Rencana
  • Semasa
  • Seni & Sastera
  • Sukan
  • Utama
  • Yang Menarik
Hak Cipta Terpelihara © 2025 - NasionalDaily | Terkini | Sahih | Dipercayai