Skip to content
16 July 2026

NasionalDaily

Terkini | Sahih | Dipercayai

  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
Tajuk Utama
  • Memperkasa Peranan dan Akauntabiliti ILB dalam Pembangunan Kemahiran Negara

    2 hours ago2 hours ago
  • iCents peroleh kontrak ubah suai kilang, pejabat di Lembah Klang bernilai RM12.9 juta

    2 hours ago2 hours ago
  • Aminuddin Santuni Veteran ATM Sempena Hari Pahlawan 2026

    5 hours ago5 hours ago
  • Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Prof. John Esposito

    5 hours ago5 hours ago
  • Gerakan Sedia Pecah Kebuntuan di Negeri Sembilan, Rayu Peluang kepada Pengundi

    5 hours ago5 hours ago
  • Terengganu Teroka Kerjasama Strategik Dengan Rusia Dalam Tenaga, Teknologi dan Pendidikan

    5 hours ago5 hours ago
  • PAC Mahu Menteri Wilayah Persekutuan Kembali Pengerusikan Jawatankuasa Tanah KL

    5 hours ago5 hours ago
  • Dakwa PH-DAP Sebar Islamofobia, Seru Melayu Islam Bersatu Pertahan Kedudukan Negara – Hadi Awang

    5 hours ago5 hours ago
  • Bengkel Penulisan Novel 2026: Menyemai Gagasan, Membina Naratif, Melahirkan Karya

    7 hours ago7 hours ago
  • Gunung berapi Kilauea kembali muntahkan lava di Hawaii

    8 hours ago8 hours ago
  • Home
  • 2026
  • June
  • 22
  • PRN Johor: Bersatu Pertimbang Guna Logo Parti Jika Penggunaan Logo PN Tidak Diluluskan
June 2026
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May   Jul »
  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan

PRN Johor: Bersatu Pertimbang Guna Logo Parti Jika Penggunaan Logo PN Tidak Diluluskan

Editorial ND3 weeks ago3 weeks ago03 mins
  • Politik
  • Utama

MUAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia mempertimbangkan penggunaan logo parti sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya tidak memperoleh kebenaran untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut beliau, sebarang keputusan berhubung penggunaan logo dalam pilihan raya hanya akan dimuktamadkan melalui persetujuan bersama kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

“Kita sememangnya bercadang untuk menggunakan logo PN, namun perkara itu tertakluk kepada kelulusan serta prosedur tertentu termasuk keperluan mendapatkan watikah yang ditandatangani oleh Pengerusi PN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor ke-16 di Bakri, Ahad.

Iklan Mandian Air Mata Pusaka Puteri
📱 WhatsApp Heda 📱 WhatsApp Iqi

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Mohd Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali serta Pengerusi Bersatu Johor, Sahruddin Jamal.

Sebelum ini, pada 16 Jun lalu, Muhyiddin dilaporkan menyatakan bahawa Bersatu akan terus kekal bersama PN dan berhasrat menggunakan logo gabungan itu dalam PRN Johor serta Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mencetuskan reaksi daripada kepimpinan Pas yang berpendapat pengumuman berkenaan dibuat terlalu awal. Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa penggunaan logo PN memerlukan watikah rasmi yang ditandatangani oleh Pengerusi PN dan bukannya presiden mana-mana parti komponen.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Bersatu bersedia untuk bertanding lebih banyak kerusi pada PRN Johor dengan sasaran memperkukuh kedudukan parti bagi membentuk kerajaan negeri.

Iklan Susu
📱 Heda 📱 Iqi

Beliau menjelaskan bahawa daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekurang-kurangnya 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, sekali gus menuntut perancangan strategi yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding pilihan raya negeri terdahulu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Tagged: Berita Terkini Bersatu Guna Logo Nasionaldaily.com PN PRN Johor Tidak Lulus

Post navigation

Previous: Industri muzik tanah air perlu terus dihargai, diberi ruang sewajarnya – Fahmi
Next: Malaysia Destinasi Lawatan Sulung Tarique Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

NasionalDaily menampilkan berita yang sahih, tepat dan diyakini. Melaporkan berita dari segenap dimensi.

Email: info@nasionaldaily.com

Tel: +6010-894 2252 | +6012-922 2001

Berita Terkini

  • Memperkasa Peranan dan Akauntabiliti ILB dalam Pembangunan Kemahiran Negara
  • iCents peroleh kontrak ubah suai kilang, pejabat di Lembah Klang bernilai RM12.9 juta
  • Aminuddin Santuni Veteran ATM Sempena Hari Pahlawan 2026
  • Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Prof. John Esposito
  • Gerakan Sedia Pecah Kebuntuan di Negeri Sembilan, Rayu Peluang kepada Pengundi

Kategori

  • Akademia
  • Berita Dari Asia
  • Berita Umum
  • Dunia
  • Ekonomi/Biz
  • Hiburan
  • Nasional
  • Pojok
  • Politik
  • Rencana
  • Semasa
  • Seni & Sastera
  • Sukan
  • Utama
  • Yang Menarik
Hak Cipta Terpelihara © 2025 - NasionalDaily | Terkini | Sahih | Dipercayai