Pemandu mabuk, positif dadah antara ditahan dalam Ops Bersepadu di Seremban

SEREMBAN – Polis menahan 10 lelaki termasuk empat pemandu mabuk dan seorang positif dadah dalam Operasi Bersepadu, Ops Samseng dan Ops Samseng Jalanan, yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Yatim Osman berkata, operasi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban bermula 5 petang semalam hingga 4 pagi tadi turut menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng jalanan.

Beliau berkata, 115 individu dan 105 kenderaan diperiksa sepanjang operasi di empat lokasi utama, iaitu Jalan Sungai Ujong, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Bukit Kepayang dan Jalan Rasah, yang melibatkan tiga pegawai serta 24 anggota polis.

“Pada operasi itu kita menahan empat lelaki yang memandu dalam pengaruh alkohol, seorang positif dadah jenis THC dan lima lelaki dipercayai terlibat dalam samseng jalanan yang kesemuanya berusia antara 19 hingga 30 tahun.

“Hasil operasi ini juga sebanyak 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dengan kesalahan tertinggi melibatkan tiada lesen memandu sebanyak 20 kes, diikuti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 15 kes, tiada perlindungan insurans lapan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yatim berkata, bagi Ops Samseng Jalanan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

Empat pemandu yang ditahan akibat mabuk pula disiasat di bawah Seksyen 45A(1) akta sama selepas didapati memandu melebihi had kandungan alkohol yang dibenarkan, selain membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap individu positif dadah.

Turut disita lima motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *