KT003 Selamat Tiba, Tanda Bermulanya Operasi Pulang Jemaah Haji 2026

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

SEPANG — Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M selamat tiba di tanah air menerusi penerbangan KT003 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Ketibaan para jemaah disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan bersama pasukan Lembaga Tabung Haji yang turut hadir bagi menyambut kepulangan mereka.

Menurut beliau, para jemaah yang tiba kelihatan ceria dan berseri-seri selepas menyempurnakan ibadah haji serta tidak sabar untuk bertemu semula dengan ahli keluarga masing-masing.

“Alhamdulillah, fasa kedua perjalanan haji sudah bermula iaitu penerbangan pulang jemaah haji Malaysia. Penerbangan akhir dijadualkan pada 30 Jun 2026,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook..

Beliau turut mendoakan agar seluruh jemaah memperoleh haji yang mabrur dan kepulangan mereka ke tanah air dipermudahkan.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan operasi haji tahun ini, termasuk warga kerja Lembaga Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad, syarikat-syarikat penerbangan, syarikat korporat serta pelbagai agensi yang memberikan kerjasama sepanjang operasi haji berlangsung.

Operasi penerbangan pulang jemaah haji Malaysia akan diteruskan secara berperingkat sehingga penerbangan terakhir yang dijadualkan pada 30 Jun depan seterusnya menandakan bermulanya fasa kepulangan puluhan ribu jemaah Malaysia yang telah menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci.

Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *