Oleh NurFarhana Zulkeply
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Joseph Vijay Chandrasekhar atas kejayaannya dipilih sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.
Perdana Menteri berkata, rakyat Tamil Nadu kini meletakkan tanggungjawab besar kepada Vijay selepas sekian lama figura itu dikenali menerusi dunia perfileman.
“Rakyat Tamil Nadu kini mengamanahkan Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana watak yang pernah dibawanya di layar perak,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook.
Beliau turut menyifatkan Vijay sebagai tokoh yang berada di ambang mencipta sejarah menerusi gerakan “one-finger revolution”.
Menurutnya, Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan hubungan antara rakyat yang telah terjalin merentasi generasi.
“Saya menantikan kerjasama erat bersama Ketua Menteri Vijay pada tahun-tahun mendatang,” ujarnya.
Perkongsian itu turut disertakan dengan gambar Vijay ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya.
NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L