Oleh: Fatin Sajidah Fathuldin
KUALA LUMPUR — Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dilancarkan sebagai inisiatif penting kerajaan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah, khususnya anak keluarga kurang berkemampuan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama ke sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program hasil kerjasama rentas kementerian dan agensi itu bukan sahaja membantu pelajar mendapatkan lesen memandu secara sah, malah turut memberi penekanan terhadap aspek disiplin, kesedaran keselamatan dan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
“Seramai 60,000 anak-anak di seluruh negara mendapat faedah menerusi penganjuran program ini dengan peruntukan keseluruhan melebihi RM18.5 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut beliau, pelaksanaan MyB2S hadir pada waktu memerlukan ketika rakyat berdepan cabaran kos sara hidup serta krisis tenaga global, seterusnya membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan inisiatif berkenaan.
Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L