Taman Merdeka Berwajah Baharu, Tarik Minat Pengunjung Pelbagai Usia

JOHOR BAHRU – Taman Merdeka kini tampil dengan wajah baharu selepas dinaik taraf oleh kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan peruntukan sebanyak RM3.34 juta.

Projek melibatkan kawasan seluas kira-kira 30 ekar itu bertujuan memperkasa kemudahan awam serta menghidupkan semula taman rekreasi ikonik berkenaan sebagai destinasi riadah utama di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha menaik taraf taman itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan awam berkualiti kepada rakyat.

“Syukur Alhamdulillah. Taman Merdeka kini berwajah baharu!

“Usaha ini memberi nafas baharu kepada taman rekreasi ikonik ini, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa kemudahan awam di Johor.

Kemudahan baharu yang disediakan termasuk zipline (flying fox), rope course serta gymnasium terbuka yang menawarkan lebih banyak pilihan aktiviti rekreasi aktif kepada pengunjung pelbagai peringkat umur.

“Saya berkesempatan meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan kemudahan di sini. Antara kemudahan baharu yang disediakan termasuk zipline (flying fox), rope course serta gymnasium terbuka yang bukan sahaja menambah elemen rekreasi aktif, malah memberi pilihan riadah yang lebih pelbagai kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

“Semoga dengan penambahbaikan ini, Taman Merdeka dijangka menjadi destinasi rekreasi bandar yang lebih inklusif, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan bersama keluarga dan rakan-rakan agar taman berkenaan terus menjadi destinasi riadah pilihan serta kebanggaan warga Johor.

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *