SEREMBAN – Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bermesyuarat malam tadi, telah menetapkan beberapa pendirian rasmi parti termasuk isu siasatan salah guna dana zakat yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, parti itu menegaskan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mana-mana kes salah guna dana zakat yang sedang disiasat pihak berkuasa.
Beliau berkata, AMANAH turut menggesa agar siasatan dijalankan secara bebas, telus dan menyeluruh memandangkan dana zakat adalah amanah untuk membantu golongan asnaf dan tidak wajar disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.
Dalam mesyuarat sama, AMANAH turut mengumumkan Konvensyen Nasional 2026 parti itu akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada 22 dan 23 Ogos ini.
Selain itu, parti berkenaan turut membincangkan perkembangan kemelut politik di Negeri Sembilan dan menzahirkan pendirian mengutuk sebarang usaha membentuk kerajaan “tebuk atap” yang disifatkan boleh menggugat kestabilan politik serta mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.
AMANAH juga mengambil maklum beberapa kes pendakwaan berkaitan isu politik yang melibatkan beberapa ahli parti dan menegaskan bahawa langkah sewajarnya akan diambil bagi membela mereka.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L