Agong akan pilih ketua SPRM yang baru

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Seri Paduka bertitah dengan tegas bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.

Baginda bertitah, jawatan itu amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (23 April) yang dipetik Malaysiakini sebagai melaporkan. 

Calon penggantinya setakat ini masih menjadi tanda tanya.

Kedudukan Azam dipertikaikan setelah media antarabangsa, termasuk Bloomberg dan The Straits Times, melaporkan berkaitan pegangan besar sahamnya yang melebihi jumlah dibenarkan bagi penjawat awam.

Perkara itu dibawa ke kabinet, tetapi belum ada sebarang keputusan diumumkan dan kerajaan menyerahkanya kepada tindakan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Azam digasak hebat oleh pengkritik, terutamanya bekas menteri rkonomi Rafizi Ramli, pembangkang serta kumpulan NGO, termasuk melalui siri kempen dan demonstrasi jalanan.

Azam dilantik mengetuai badan antirasuah itu SPRM pada Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan setelah berlaku penjajaran semula politik yang menyaksikan pertukaran kerajaan dan perdana menteri.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *