Siasatan Insiden Polis Pijak Kepala Suspek Tumpu Kepatuhan SOP

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi tumpuan terhadap aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan berhubung insiden anggota polis yang didakwa memijak kepala seorang suspek.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap tindakan anggota penguat kuasa adalah selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, penilaian akan dibuat bagi menentukan sama ada berlaku sebarang pelanggaran SOP sepanjang kejadian tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud unsur salah laku dalam kalangan anggota terlibat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Beliau menambah, pendekatan itu penting bagi memastikan integriti pasukan polis terus terpelihara dan setiap operasi dijalankan secara profesional.

Insiden berkenaan sebelum ini tular di media sosial, sekali gus mengundang perhatian serta reaksi pelbagai pihak.

Sehubungan itu, hasil siasatan dijangka memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadian sebenar serta menentukan tindakan lanjut yang sewajarnya.

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *