Kerajaan Bakal Umum Langkah Baharu Bantu Penganggur

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan susulan cabaran ekonomi global, khususnya yang berkait dengan gangguan bekalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan golongan terjejas terus mendapat sokongan dan peluang untuk kembali bekerja.

Menurut beliau, perhatian turut diberikan kepada graduan serta pemegang diploma yang masih menganggur agar kemahiran dan kelayakan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pasaran kerja.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat, termasuk mengekalkan harga petrol melalui program subsidi bersasar serta bantuan diesel di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, bantuan bulanan kepada sektor tertentu seperti pertanian dan pengguna diesel individu turut dipertingkatkan bagi memastikan kelangsungan ekonomi golongan terlibat.

Dalam masa sama, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya perniagaan dapat terus beroperasi dan mencipta peluang pekerjaan.

Walaupun kadar pengangguran negara berada pada tahap sekitar 2.9 peratus pada Februari 2026, masih terdapat lebih 500,000 individu yang belum bekerja, sekali gus mendorong kerajaan untuk terus memperkenalkan langkah proaktif. - BERNAMA

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *