Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok

KUANTAN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di Pantai Balok, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.

Advertisement

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak lama kemudian, sebelum memulakan operasi pencarian di pesisir pantai dengan bantuan orang awam.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mohd Salahuddin berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuantan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi membantu operasi pencarian.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS). – BERNAMA 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *