SEREMBAN – Arif Fahmi Abd. Salam, 44, bekas pemandu bas ekspres yang tular satu video meriba seorang perempuan ketika memantu kenderaan itu baru-baru ini, telah dijatuhi hukuman setahun penjara dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Pasangannya, Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, yang turut mengaku bersalah, dikenakan hukuman enam bulan penjara dan juga denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret.
Majistret menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu selepas menerima pengakuan bersalah serta mempertimbangkan rayuan dikemukakan kedua-dua tertuduh.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Iklan Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kes berkenaan menjadi perhatian selepas video tular di media sosial memaparkan lelaki terbabit memandu bas dalam keadaan tidak selamat, manakala wanita tersebut berada di atas ribanya ketika kenderaan sedang bergerak.
Perbuatan itu disifatkan sebagai membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain kerana boleh mengganggu kawalan pemanduan serta meningkatkan risiko kemalangan.
Siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan lalu lintas dan keselamatan jalan raya, dengan mahkamah turut menegaskan tindakan tegas perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada orang ramai.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh ditahan selepas video berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu tidak bertanggungjawab serta boleh mengancam nyawa.
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L