Lelaki mengaku bersalah cuba bunuh wanita di Kluang

KLUANG – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Muhibbah awal bulan ini.

Ei Jean Yee, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba membunuh Ng Moy Koew, 48, pada jam 9.31 malam 4 Mac lalu di sebuah rumah di Taman Muhibbah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes, serahan laporan perubatan dan kimia serta mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan mental.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak ditawarkan sebarang jaminan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *