Doktor pelatih meninggal di asrama, Jabatan Kesihatan Kelantan tubuh jawatankuasa siasat

PETALING JAYA – Satu jawatankuasa ditubuhkan Jabatan Kesihatan Kelantan bagi menyiasat punca kematian doktor pelatih wanita di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, kelmarin.

Pengarah, Dr. Mohd Azman Yacob berkata, jawatankuasa itu akan cuba mengenal pasti punca kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor penyumbang lain.

“Kita berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarah keluarganya pagi tadi. Arwah adalah doktor pelatih wanita dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal.

“Kita akan menjalankan siasatan secara holistik dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah,” katanya kepada Berita Harian.

Media melaporkan semalam doktor pelatih berusia 29 tahun ditemukan mati di bilik air asrama HSIP.

Ketua Polis Kuala Krai, Mazlan Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak hospital sekitar 9.55 pagi semalam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *