Pesawat pejuang terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat

SEOUL – Sebuah pesawat pejuang F-16C terhempas berhampiran Yeongju di Wilayah Gyeongsang Utara semalam, namun juruterbangnya berjaya melenting keluar dengan selamat, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Chungju itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Yeongju kira-kira 7.31 malam waktu tempatan ketika menjalani latihan penerbangan waktu malam.

“Juruterbang berjaya melenting keluar dengan selamat dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan setakat ini tiada kerosakan awam dilaporkan,” menurut kenyataan Tentera Udara dalam mesej teks kepada wartawan.

Tentera Udara memaklumkan yang satu pasukan petugas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *