Polis, suspek cedera terkena tembakan semasa bergelut

TAWAU – Seorang anggota polis dan suspek lelaki cedera terkena tembakan dalam pergelutan di Pusat Komersial Ba Zhong di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku pada jam 10.45 pagi itu, ketika dua anggota yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Persisiran Pantai menahan sebuah Perodua Viva putih untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, suspek yang berusia lingkungan 30-an bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan lalu dikejar anggota polis dan berjaya ditahan.

“Semasa proses pemeriksaan dan tangkapan dijalankan, suspek enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Champin berkata, dalam insiden itu, pistol pada tangan seorang anggota terlepas satu das tembakan dan terkena tangan kiri suspek, manakala anggota yang membantu tangkapan turut mengalami kecederaan pada paha kanan.

Beliau berkata mereka dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan serbuk disyaki dadah jenis syabu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *