Anwar Yakin Kebenaran Terserlah, Nafi Dakwaan Kaitkan Nama Dengan Epstein

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kebenaran akan sentiasa terserlah, walaupun dirinya didakwa mempunyai kaitan dengan seorang jutawan yang sudah meninggal dunia, Jeffrey Epstein.

Mengulas dakwaan itu, beliau menyatakan, telah dimaklumkan mengenai kewujudan pihak luar yang berhasrat untuk bertemu dengan memetik namanya kononnya ada tercatat dalam satu e-mel yang dikaitkan dengan kes melibatkan Epstein.

“Ingin saya tegaskan, sejak belasan tahun lalu, seperti yang disebut dalam emel berkenaan, saya sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam komunikasi tersebut, apatah lagi dengan Epstein.

“Dakwaan yang cuba mengaitkan nama saya dengan isu ini adalah tidak berasas dan mengelirukan,” katanya menerusi posting yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya semalam.

Beliau turut mengucapkan syukur dan yakin kebenaran akan sentiasa terserlah serta dirinya meneruskan tugas dan rutin seperti biasa, termasuk lawatan ke Johor Bahru.

Anwar dengan tegas menyatakan, beliau tidak pernah mempunyai sebarang hubungan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang terlibat dalam komunikasi tersebut.

“Dakwaan seperti ini jelas bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dan mencemarkan reputasi saya sebagai pemimpin negara,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, dakwaan itu merujuk kepada satu emel bertarikh 21 Februari 2012, yang dihantar seorang individu mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.

Dalam emel itu, individu terbabit mencadangkan agar diatur satu pertemuan antara Anwar dan seorang individu dikenali sebagai “Jes”, yang dipercayai merujuk kepada Jes Staley, bekas Ketua Pegawai Eksekutif bahagian perbankan pelaburan JP Morgan.

Emel itu turut menyatakan, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, ia kononnya akan membuka peluang besar serta “membersihkan” landskap perniagaan bagi JP Morgan di negara ini.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau penglibatan berhubung komunikasi tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *