Langgar Kawasan Keselamatan Istana Negara, Pemandu 21 Tahun Ditahan Mabuk

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 21 tahun berdepan tindakan undang-undang selepas kenderaannya melanggar palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Insiden yang berlaku sekitar jam 3.30 pagi itu melibatkan sebuah Toyota Vios yang dipandu dari arah Bukit Damansara sebelum terbabas dan merempuh struktur keselamatan di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan, namun pelanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan, selain menjejaskan bollard dan palang kawalan keselamatan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam keterangan serta menjalankan ujian pernafasan terhadap suspek.

“Keputusan ujian menunjukkan paras alkohol dalam badan pemandu mencecah 166 miligram bagi setiap 100 mililiter darah, jauh melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Susulan itu, pemandu terbabit diarahkan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Lelaki berkenaan dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini untuk pertuduhan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *