Mesej WhatsApp tular dakwa MOF tawar STR, SARA RM600 kepada bujang adalah palsu

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan, pesanan WhatsApp tular berkaitan permohonan dan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 bagi kategori bujang adalah palsu.

MOF menerusi hantaran di laman X rasmi memaklumkan, tiada sebarang permohonan atau bayaran bantuan STR dan SARA dibuat melalui WhatsApp.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuka pautan mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

“Untuk maklumat sahih dan terkini, sila rujuk saluran rasmi MOF sahaja,” menurut hantaran itu.

Penyaluran STR Fasa 1 bagi tahun ini bermula semalam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion dan memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tanpa pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan.

Sementara itu, SARA bulanan berjumlah RM50 hingga RM200 disalurkan bermula 9 Januari lalu kepada 8.1 juta penerima, melibatkan 3.7 juta isi rumah, 3.1 juta penerima kategori bujang dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *