Hajiji Adakan Pertemuan Dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pagi ini.

Kenderaan rasmi yang membawa Ketua Menteri itu dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 8.51 pagi.

Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan bagi mempersembahkan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 kepada Tuan Yang Terutama, sejajar dengan ketetapan mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.

Untuk makluman, tempoh penggal semasa DUN Sabah dijadualkan tamat secara automatik pada 11 November ini, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Dalam satu kenyataan terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya memaklumkan, penggal DUN akan terbubar secara automatik sekiranya tiada pembubaran dilakukan sebelum tarikh tersebut.

Sebarang makluman rasmi berkaitan pembubaran DUN dan langkah seterusnya akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam masa terdekat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *