JDT kecewa kesilapan teknikal FAM

PETALING JAYA -Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan kesilapan teknikal dalam proses penghantaran dokumen oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menyebabkan penggantungan tiga pemainnya yang menyarung jersi Harimau Malaya.

“Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan pemain terbabit dapat kembali mewakili JDT dalam masa terdekat,” katanya sebagaimana lapor FMT memetik Ketua Pegawai Eksekutifnya Luis Garcia sebagai berkata.

Kelmarin, FAM telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen tujuh pemain warisan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran badan induk sukan itu.

Setiausaha Agungnya Noor Azman Rahman berkata pihaknya memandang serius perkara itu sambil menegaskan pemain terlibat ialah rakyat Malaysia yang sah.

Minggu lalu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan denda 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta) kepada FAM kerana melanggar Artikel 22, yang berkaitan pemalsuan dokumen.

Sementara itu, tujuh pemain didenda 2,000 franc Swiss (RM11,000) setiap seorang dan digantung selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Figueiredo, Irazabal dan Hevel bermain dengan skuad Harimau Selatan yang kini menduduki tangga teratas dalam Liga Super.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *