Raja Muda Selangor akan melangsungkan pernikahan 2 Oktober

SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan memaklumkan kepada seluruh rakyat negeri Selangor bahawa anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz pada Khamis, 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan rasmi, Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, manakala Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan diraja tersebut akan berlangsung di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

Bagi memberkati dan mendoakan kelancaran istiadat perkahwinan tersebut, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan satu majlis bacaan Yaasin dan doa selamat di seluruh masjid di negeri Selangor pada Rabu, 25 September.

DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat menghadiri Majlis Doa Selamat tersebut yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam.

Majlis yang penuh adat dan tradisi itu dijangka menjadi detik bersejarah buat institusi diraja Selangor, dan seluruh rakyat dijemput untuk turut sama mendoakan agar segala perancangan istiadat berjalan lancar serta dirahmati Allah SWT.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *