Lebih 1,300 pengarah filem, pelakon enggan bekerjasama dengan institusi filem Israel

LONDON – Lebih 1,300 individu dalam industri perfileman termasuk pemenang anugerah Oscar, BAFTA, Emmy dan Cannes melancarkan ikrar pada Isnin menolak sebarang kerjasama dengan institusi filem Israel yang terlibat dalam genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan yang ditandatangani ratusan pengarah filem, pelakon, penggiat industri serta institusi filem itu menegaskan mereka mengiktiraf kuasa perfileman dalam membentuk persepsi dan berjanji untuk tidak bekerjasama dengan institusi filem Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan terdapat risiko munasabah berlakunya genosid di Gaza, kenyataan itu menegaskan bahawa kebebasan untuk semua manusia adalah “tanggungjawab moral dan tidak boleh diabaikan.”

“Kami menyahut seruan pembuat filem Palestin yang mendesak industri filem antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap penindasan, perkauman dan tindakan tidak berperikemanusiaan, serta melakukan apa sahaja yang mampu bagi menamatkan keterlibatan dalam penindasan mereka,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terinspirasi daripada Filmmakers United Against Apartheid yang menolak menayangkan filem mereka di Afrika Selatan ketika era aparteid, para penandatangan berikrar tidak akan menayangkan filem, menghadiri acara atau bekerjasama dengan festival, pawagam, penyiar dan syarikat produksi Israel yang dikaitkan dengan genosid dan aparteid terhadap rakyat Palestin.

Antara individu yang menandatangani ikrar itu termasuk Olivia Colman, Javier Bardem, Aimee Lou Wood, Susan Sarandon, Mark Ruffalo, Riz Ahmed, Tilda Swinton, Julia Sawalha, Miriam Margolyes, Ken Loach dan Juliet Stevenson. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *