Inkues kematian Zara Qairina: Peguam bela bawa patung ke mahkamah

Oleh: Juwan Riduan / BH

KOTA KINABALU: Kehadiran peguam bela remaja tertuduh, Datuk Ram Singh bersama rakan guamannya yang membawa sebuah patung ke Mahkamah Koroner di sini, hari ini, mencuri tumpuan wakil media yang hadir sejak awal pagi.

Patung berkenaan dibawa bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada prosiding hari kedua inkues kematiannya.

Dr Jessie dijangka menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC), selain soalan pihak berkepentingan termasuk ibu dan bapa arwah melalui peguam masing-masing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Peguam yang mewakili lima tertuduh remaja berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak, juga dijangka mengemukakan soalan.

Semalam, Dr. Jessie memberitahu mahkamah, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau juga menegaskan, tidak mungkin arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu. – Laporan Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *