PASIR MAS – Empat jenazah mangsa nahas di Gua Musang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Semua jenazah satu keluarga yang dikebumi dalam satu liang lahad itu dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang (HGM) selepas selesai proses bedah siasat.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, empat orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala seorang cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, dekat Gua Musang.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Faiz Nor Amran, 32; adiknya, Nor Aina Imra, 21; serta dua anak Muhammad Faiz iaitu Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah, empat tahun.
Isteri Muhammad Faiz, Tuan Norsyuhada Mohd Zain, 23, yang memandu kereta itu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001