Kes Zara Qairina: Amaran KPN kepada penyebar gambar, maklumat tidak tepat

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan gambar berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir boleh dikenakan tindakan di bawah tiga undang-undang.

Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga undang-undang itu ialah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Peringatan tersebut diberikan susulan pihaknya mengesan wujud penyebaran maklumat serta gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan mangsa di media sosial oleh pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (6 Ogos), beliau berkata maklumat dikongsi berpotensi mengelirukan orang awam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tindakan itu bukan sahaja menjejaskan siasatan yang sedang berlangsung, malah turut mengganggu proses keadilan kepada semua pihak.

PDRM menjelaskan bahawa semua proses siasatan termasuk isu bedah siasat (post-mortem) dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, termasuk pendedahan maklumat berkaitan siasatan kes tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *