Peserta terjunan base cedera ketika pertunjukan

KUANTAN – Seorang peserta terjunan base tercedera dan dua terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan ketika pertunjukan sempena Pesta Kuantan 188, di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, ketika mereka melakukan penerjunan dari Menara Kuantan 188 di ketinggian 104 meter.

Menurutnya, penerjun base, Zainal Chik,62, cedera selepas terhempas di kawasan bersimen dan mangsa sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Katanya, seorang warga Australia, Andrew Morcombe, 35, tersangkut di atas pokok berhampiran menara itu dan seorang peserta tempatan, Manan Mahusin, 64, terjatuh ke dalam Sungai Kuantan, ketika melakukan terjunan.

“Mereka diselamatkan pertugas pertunjukan dan penerjun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Adli berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian kerana angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan.

Seramai 17 peserta termasuk lima penerjun base luar negara menyertai pertunjukan itu sempena Pesta Kuantan 188, berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *