Kemboja gesa gencatan senjata serta merta dengan Thailand

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, AS – Kemboja menggesa gencatan senjata serta merta susulan pertempuran berdarah dengan Thailand yang berlarutan selama dua hari, kata utusan negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Bangkok turut memberi isyarat bahawa pihaknya bersedia untuk berunding.

Sengketa berhubung isu sempadan yang berlarutan sejak sekian lama itu mencetuskan pertempuran sengit pada Khamis dengan kedua-dua negara melancarkan serangan menggunakan jet pejuang, meriam, kereta kebal dan mengerah tentera masing-masing.

Situasi itu memaksa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung krisis itu semalam.

“Kemboja memohon satu gencatan senjata serta-merta tanpa syarat dan kami juga menyeru agar pertikaian ini diselesaikan secara aman,” kata Duta Phnom Penh ke PBB, Chhea Keo, susulan satu mesyuarat tertutup oleh Majlis Keselamatan PBB yang dihadiri wakil Kemboja dan Thailand.

Bunyi dentuman artileri terus kedengaran dari kawasan sempadan sebelah Kemboja semalam.

Di wilayah Oddar Meanchey, seorang lelaki berusia 70 tahun dilaporkan terbunuh, manakala lima lagi cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, setakat ini, 15 kematian dilaporkan iaitu 14 dalam kalangan orang awam dan seorang anggota tentera.

Selain itu, 46 orang dilaporkan cedera termasuk 15 daripadanya adalah anggota tentera.

Ketika ini, lebih 138,000 penduduk sudah dipindahkan dari kawasan sempadan Thailand.

Menurut tentera Thailand, pertempuran bersambung semula di tiga kawasan, sekitar jam 4 pagi semalam dengan pasukan Kemboja melepaskan tembakan senjata berat, artileri lapangan dan sistem roket BM-21.

Pada masa sama, tentera Thailand turut melakukan serangan balas.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura, memberitahu AFP, pertempuran mula reda menjelang petang semalam dan Bangkok bersikap terbuka untuk berunding, kemungkinan dengan bantuan Malaysia.

“Kami sedia berunding jika Kemboja mahu menyelesaikan perkara ini melalui saluran diplomatik, secara dua hala, atau dengan pembabitan Malaysia. Kami bersedia ke arah itu tetapi setakat ini belum ada sebarang maklum balas,” katanya kepada AFP sebelum mesyuarat PBB berlangsung.

Malaysia memegang jawatan sebagai pengerusi blok serantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), yang turut dianggotai Thailand dan Kemboja.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, AMERIKA SYARIKAT: Kemboja menggesa gencatan senjata serta merta susulan pertempuran berdarah dengan Thailand yang berlarutan selama dua hari, kata utusan negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Bangkok turut memberi isyarat bahawa pihaknya bersedia untuk berunding.

Sengketa berhubung isu sempadan yang berlarutan sejak sekian lama itu mencetuskan pertempuran sengit pada Khamis dengan kedua-dua negara melancarkan serangan menggunakan jet pejuang, meriam, kereta kebal dan mengerah tentera masing-masing.

Situasi itu memaksa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung krisis itu semalam.

“Kemboja memohon satu gencatan senjata serta-merta tanpa syarat dan kami juga menyeru agar pertikaian ini diselesaikan secara aman,” kata Duta Phnom Penh ke PBB, Chhea Keo, susulan satu mesyuarat tertutup oleh Majlis Keselamatan PBB yang dihadiri wakil Kemboja dan Thailand.

Bunyi dentuman artileri terus kedengaran dari kawasan sempadan sebelah Kemboja semalam.

Di wilayah Oddar Meanchey, seorang lelaki berusia 70 tahun dilaporkan terbunuh, manakala lima lagi cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, setakat ini, 15 kematian dilaporkan iaitu 14 dalam kalangan orang awam dan seorang anggota tentera.

Selain itu, 46 orang dilaporkan cedera termasuk 15 daripadanya adalah anggota tentera.

Ketika ini, lebih 138,000 penduduk sudah dipindahkan dari kawasan sempadan Thailand.

Menurut tentera Thailand, pertempuran bersambung semula di tiga kawasan, sekitar jam 4 pagi semalam dengan pasukan Kemboja melepaskan tembakan senjata berat, artileri lapangan dan sistem roket BM-21.

Pada masa sama, tentera Thailand turut melakukan serangan balas.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Nikorndej Balankura, memberitahu AFP, pertempuran mula reda menjelang petang semalam dan Bangkok bersikap terbuka untuk berunding, kemungkinan dengan bantuan Malaysia.

“Kami sedia berunding jika Kemboja mahu menyelesaikan perkara ini melalui saluran diplomatik, secara dua hala, atau dengan pembabitan Malaysia. Kami bersedia ke arah itu tetapi setakat ini belum ada sebarang maklum balas,” katanya kepada AFP sebelum mesyuarat PBB berlangsung.

Malaysia memegang jawatan sebagai pengerusi blok serantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), yang turut dianggotai Thailand dan Kemboja.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *