Polymer Link terima kelulusan untuk disenaraikan ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – Polymer Link Holdings Berhad (Polymer Link atau kumpulan) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pengeluar plastik serantau dan antarabangsa yang mengkhusus dalam pembuatan serbuk plastik dan masterbatch warna untuk aplikasi pengacuan putaran bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 97,145,700 saham biasa baharu, di samping tawaran untuk penjualan 24,080,100 saham sedia ada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 121,225,800 saham biasa, yang mewakili kira-kira 21.6 peratus daripada modal yang diperbesarkan. 560,000,070 saham biasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Polymer Link, Koh Song Heng berkata, hasil IPO akan disalurkan ke arah pengembangan di Australia, pemerolehan barisan pembuatan baharu di Malaysia untuk menyokong pengembangan serantau serta pelaburan ke dalam modal kerja untuk mengembangkan jualan kepada pelanggan di Poland.

“Inisiatif strategik ini adalah penting untuk menyokong fasa peningkatan dan penghantaran pelanggan kami yang seterusnya,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya berbesar hati menerima kelulusan dalam prinsip Bursa Malaysia untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pencapaian kejayaan itu katanya mencerminkan dedikasi Polymer Link selama ini dan mengukuhkan komitmen jangka panjang untuk menyampaikan penyelesaian polimer tersuai kepada pelanggan di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2011, Kumpulan telah membina kehadiran yang kukuh secara berperingkat dalam rantaian bekalan acuan putaran plastik.

Polymer Link adalah pakar dalam perumusan, pengkompaunan dan pengisaran serbuk plastik; kedua-duanya untuk aplikasi umum dan khusus, serta pengeluaran masterbatch warna.

Beroperasi melalui anak-anak syarikatnya di Malaysia, Filipina, India, Australia dan Amerika Syarikat, memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang pelbagai merentasi lebih 10 negara.

Kumpulan mengendalikan tiga kemudahan pembuatan yang terletak di lokasi strategik di Selangor, Malaysia; Pampanga, Filipina, dan Daman, India.

Selain itu ia disokong dengan pejabat jualan luar negara di Australia dan Amerika Syarikat untuk menyokong portfolio pelanggannya yang pelbagai di rantau ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024, Kumpulan mencatatkan jumlah hasil kira-kira RM145.4 juta, terutamanya disumbangkan oleh pasaran utamanya iaitu Filipina sebanyak 42.3 peratus, India 25.9 peratus, Australia 13.6 peratus dan Malaysia 7.5 peratus.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Ejen Penempatan Tunggal dan Penaja Jamin Tunggal untuk IPO.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *