Mayat warga emas ditemukan dalam rumah dengan pintu berkunci

GEORGETOWN – Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai Pinang, di sini.

Mayat Chew Sze Sun, 72, ditemukan dalam bilik rumahnya di tingkat 18 flat berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan JBPM negeri, John Sagun Francis berkata pihaknya dapat maklumat jam 12.45 tengah malam tadi.

“Pasukan penyelamat melakukan ‘size up’ sebelum menggunakan peralatan khas bagi membuka kunci rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut John Sagun, mangsa ditemukan dalam sebuah bilik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Semalam, media melaporkan penemuan mayat lelaki warga emas di ruang tamu dalam rumah yang berkunci di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong, di sini.

John Sagun Francis berkata, maklumat diterima pihaknya berhubung mangsa terperangkap dalam rumah berkenaan pada jam 11.58 malam kelmarin.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *