Remaja Britain hilang disahkan masuk ke Malaysia 7 Jun lepas – Imigresen

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki warga Britain berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang direkodkan masuk ke dalam negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan rekod mendapati individu berkenaan tiba di Malaysia pada 7 Jun.

“Setakat ini saya sahkan ada rekod kemasukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“JIM akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan remaja terbabit,” katanya pada Khamis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum itu, media melaporkan kehilangan remaja terbabit yang didakwa menaiki penerbangan ke Malaysia seorang diri.

Remaja itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negaranya ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.

David Balisong, remaja lelaki dari Cheadle, Greater Manchester ada memberitahu adiknya bahawa dirinya akan keluar awal untuk ke sekolah disebabkan sedang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A, pada 6 Jun lalu.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Balisong dikesan menaiki penerbangan sehala ke KLIA tanpa memaklumkan sesiapa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kehilangannya hanya disedari selepas Balisong tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya menyedari berlaku sesuatu yang mencurigakan atas kehilangannya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *