Lima hilang, lebih 7,000 dipindahkan akibat hujan lebat di barat daya China

KUNMING – Lima individu dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Zhaotong, sebuah bandar pergunungan di Wilayah Yunan, barat daya China, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu, menurut Xinhua.

Hujan lebat berterusan sejak pagi Selasa telah membadai sebahagian besar kawasan di Zhaotong, menyebabkan kerosakan di beberapa daerah di bawah pentadbiran bandar itu.

Dua rumah di Perkampungan Luobu, Daerah Weixin, telah dihanyutkan air, menyebabkan lima orang masih belum dapat dikesan, menurut laporan awal. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Pihak berkuasa Zhaotong telah melancarkan usaha menyelamat dan bantuan bencana secara besar-besaran, dengan lebih 7,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat setakat 2 petang Rabu. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *