Firos Mohamed rebah ketika beraksi, pergi buat selamanya

KUALA LUMPUR – Dunia bola sepak tempatan kehilangan seorang lagi permata apabila penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.15 malam tadi.

Allahyarham dilaporkan rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan membabitkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Apa yang lebih mengejutkan, seorang lagi individu turut dilaporkan mengalami situasi sama dan pengsan ketika kekecohan masih berlaku.

Sebaik insiden berlaku, pasukan perubatan segera memberikan rawatan kecemasan sebelum beliau dikejarkan ke Hospital KPJ Manjung, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Berita pemergian Firos mengejutkan rakan sepasukan serta penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan, apatah lagi beliau dilihat aktif beraksi seperti biasa sebelum kejadian.

Allahyarham Firos dikenali sebagai penjaga gol yang pernah mewarnai pentas Liga Malaysia bersama skuad Harimau Kumbang sekitar era 90-an, dan terus kekal aktif dalam pelbagai kejohanan amal serta perlawanan lagenda.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kediaman keluarganya malam ini sebelum dikebumikan di kampung halaman esok, namun lokasi dan waktu pengebumian akan dimaklumkan kemudian oleh waris terdekat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *