Militan Bangladesh dikesan sebar fahaman ekstremis guna WhatsApp, Telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan militan warga Bangladesh yang ditahan dalam beberapa operasi di Johor dan Selangor dikesan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selain itu, platform itu digunakan untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.

“Hasil risikan mendapati lebih 100 hingga 150 individu dikenal pasti terlibat dalam kumpulan tersebut yang beroperasi secara tertutup dalam kalangan pekerja Bangladesh di Malaysia.

“Modus operandi kumpulan ini melibatkan penyebaran fahaman radikal melalui media sosial dan aplikasi pesanan segera, di samping mengadakan sesi baiah secara dalam talian serta perjumpaan rahsia.

“Mereka menggunakan platform ini untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh ekstremis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *