Kebakaran musnahkan dua bilik guru di SMK Dang Anum, tiada mangsa terlibat

JASIN – Dua buah bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau Melaka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Sukur Md Ali berkata, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 5.36 pagi sebelum jentera pertama dikerahkan ke lokasi dua minit kemudian.

“Apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua bilik guru di tingkat satu bangunan sekolah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 80 x 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus,” katanya lapor Astro Awani.

Menurutnya, seramai 19 anggota dari empat balai terlibat dalam operasi ini, iaitu BBP Merlimau, BBP Jasin, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.

Operasi pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki serta tiga pancutan air dari pili bomba.

Setakat jam 7 pagi ini, operasi masih lagi dijalankan dan punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *