PETALING JAYA – Sebuah kilang kapas di Jalan Kundang, Bandar Country Homes, Rawang musnah selepas kira-kira 90 peratus struktur bangunan terbakar pagi tadi.
Bomba Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.14 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah kilang kapas berkeluasan 300×200 kaki persegi musnah terbakar 90 peratus.
“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi pada jam 10.25 pagi,” menurut kenyataan itu.
Katanya, anggota dari BBP Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Selayang turut digerakkan bagi memberi bantuan tambahan di lokasi kejadian.
“Api berjaya dikawal dan dipadamkan dalam tempoh satu jam,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001