Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar yang berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu, untuk menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas peguam Daniel Annamalai mewakili Nora Idayu Jaafar, 48, memaklumkan anak guamnya mendapat surat rujukan daripada sebuah klinik pada 6 Jun lepas meminta tertuduh mendapatkan pernilaian psikiatri kerana disyaki mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

“Dengan ini tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama satu bulan. Memandangkan tertuduh dalam jaminan, tertuduh perlu ke hospital berkenaan pada 30 Jun ini,” kata Norma dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman berkata pihak pendakwaan baru sahaja dimaklumkan perkara tersebut dan memohon mahkamah sama ada terdapat keperluan merujuk tertuduh untuk pemeriksaan dan penilaian tahap mental.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu.

Sebelum ini mahkamah hanya sempat mendengar 30 pertuduhan susulan wanita itu pengsan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada 4 Jun lepas.

Mengikut pertuduhan, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di sini pada 2014 mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 4 Jun lepas, Nora Idayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas 30 pertuduhan serupa itu.

Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *