Zambry dilantik semula setiausaha agung BN, Johari bendahari

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) mengumumkan pelantikan semula Zambry Abdul Kadir sebagai setiausaha agung dan Johari Ghani sebagai bendahari agung pada mesyuarat agung tahunan gabungan itu hari ini.

Zambry dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan Fasal 8.3(D) dan 8.3(E) Perlembagaan BN.

Mesyuarat itu diadakan dengan penuh iltizam untuk memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan mempertaruhkan tekad untuk kekal bersatu di bawah payung BN.

BN juga mengesahkan kesiapsiagaan penuh menghadapi PRN Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kestabilan politik Sabah adalah kunci untuk memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri di bawah bayu,” katanya.

Untuk rekod, Zambry mula memegang jawatan setiausaha agung BN sejak Jun 2021, manakala Johari, yang juga naib presiden Umno dilantik sebagai bendahari agung BN pada April 2023.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *