ALOR SETAR – Jenazah tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung masing-masing.
Mereka yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Alor Setar ke selatan, selesai urusan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam tadi.
Jenazah pertama, Muhammad Afif Affan Derani, 19, selesai pada jam 9.04 malam dibawa pulang ke kampungnya Bukit Selambau, Sungai Petani untuk dikebumikan.
Sementara itu, jenazah kedua, Muhammad Habil Mohd Sobri, 19, selesai pada jam 9.48 malam dan dibawa pulang ke kampungnya di Gurun.
Jenazah ketiga, Muhammad Fahmi Jamel, 19, pula selesai pada jam 10.35 malam dan dibawa pulang ke kampungnya di Jeniang, Sik.
Sementara itu, mangsa yang selamat dalam kemalangan itu, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, 19, yang berasal dari Subang Jaya, Selangor masih dirawat di Zon Kuning HSB akibat kecederaan pada kaki.
Media sebelum ini melaporkan, tiga penuntut IKBN Jitra maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara- Selatan arah Alor Setar menuju ke selatan.
Ketiga-tiga mangsa dikatakan menaiki dua buah motosikal dipercayai dalam perjalanan untuk pulang bercuti sempena Aidiladha Sabtu ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001