Bayi 7 bulan meninggal dunia di taska

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam jagaan sebuah taska di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Katanya, susulan kejadian bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak pada jam 1.26 tengah hari pada hari sama.

“Proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kes dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan daripada pihak taska serta individu berkaitan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *