PETALING JAYA – Seorang guru dari sebuah sekolah di Kajang nafi terlibat dalam kejadian didakwa memalukan seorang murid, menerusi laporan polis rentetan video tular di media sosial.
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada guru tersebut semalam.
Katanya, kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan ke balai berhampiran atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan.
Semalam, Kementerian Pendidikan dilapor sedang menyiasat kejadian beberapa guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan kejadian itu sebagai ‘amat dikesali’.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001