Bayi 13 bulan didera pengasuh, lebam di beberapa anggota badan

PARIT – Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan disyaki menjadi mangsa dera pengasuh dalam kejadian yang berlaku di Seri Iskandar pada Isnin.

Kejadian tersebut disedari selepas ibu bapa mangsa membawa anak mereka yang berada dalam keadaan lemah ke Hospital Seri Iskandar untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan pada jam 5.21 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada pipi, telinga, dahi, perut dan kaki mangsa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Selain itu, doktor yang merawat bayi tersebut turut mendapati keadaan mata hitam mangsa kelihatan tidak normal dan mengesyaki berlaku penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan seorang pengasuh wanita berusia lingkungan 30-an pada jam 9.20 malam, Isnin lalu, bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek baru dua minggu mengasuh bayi tersebut,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *