Nurul Izzah gesa PKR Kelantan ganda usaha tambah ahli

Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Mei ini.

Menerusi hantaran di sosial media, Nurul Izzah berkata, keputusan yang perlu diambil bukan paling mudah atau selesa, tetapi lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.

Menurutnya, jika kemenangan berpihak kepadanya, beliau tidak berminat untuk menjawat jawatan Kabinet.

Nafi Parti Anak Beranak

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam hantaran sama, beliau menyifatkan lemparan atau persepsi “Parti Anak Beranak” bukan serangan baharu.

“Malah, sejak 1998, ketika saya bersama pengasas dan pejuang Reformasi bersama-sama menubuhkan KEADILAN, label ini telah digunakan untuk memperlekeh perjuangan kita.

“Ketika saya menang Naib Presiden dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014 dan 2018, serangan yang sama tetap dilemparkan.

“Hanya pada tahun 2022 sahaja, saya tidak bertanding, sebaliknya saya fokus dan mendokong pergerakan Ayuh Malaysia, di mana saya memperkenalkan beberapa dasar untuk diperjuangkan – termasuk TVET serta perubahan iklim bagi memberi kesan yang lebih baik kepada kehidupan seharian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Hakikatnya, jika saya memilih untuk kekal bertanding Naib Presiden pun kali ini, saya tetap akan digelar begitu,” katanya.

Tambah beliau, walau apa jua gelaran dan persepsi yang dilemparkan selama puluhan tahun, beliau tetap akan terus berkhidmat kerana yakin proses bertanding secara terbuka lantas mendapat mandat daripada akar umbi bukanlah satu bentuk nepotisme.

“Sebaliknya, itulah asas demokrasi yang perlu kita pertahankan dalam parti kita ini.

“Pada 2018, saya meletakkan jawatan daripada Jawatankuasa Kira-kira Negara pada dasarnya menentang kegagalan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu untuk memastikan perbelanjaan kerajaan dipantau dengan memastikan pembangkang memegang jawatan ketua PAC,” katanya.

Malah katanya, ketika PH memenangi PRU ke-14, beliau telah ditawarkan untuk dilantik sebagai Menteri.

“Apa keputusan saya? Saya menolak kerana ianya adalah lantikan Perdana Menteri, di dalam kabinet yang turut dianggotai oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri. Malahan, sekiranya saya menang jawatan Timbalan Presiden sekalipun, saya tidak berminat dengan jawatan kabinet,” katanya.

Misi PRU 16 lebih jelas, strategi yang lebih tersusun

Nurul Izzah, 44, turut berkata sekiranya dipilih kelak, misi utamanya adalah saling berusaha dan bekerja bersama anggota, pendukung, serta sukarelawan di cabang-cabang khususnya di 50 kerusi marginal.

“Menjelang Pilihanraya Umum ke-16, kita perlu melangkah dengan strategi yang lebih tersusun, menyeluruh dan berpaksikan kekuatan bersama. Ini kerana PRU16 bukan boleh dimenangi menerusi usaha mana-mana individu.

“Kita tidak mampu bergerak berseorangan. Kita hanya mampu menang dengan menggandingkan kekuatan cabang, jentera akar umbi, menjalar kepada rakyat serta masyarakat menerusi kempen, khidmat dan strategi penerangan efektif yang menambat hati dan keperluan semua,” menurut Nurul Izzah.

Beliau turut berkata, parti PKR tidak boleh lagi bergerak secara terpisah antara pusat dan akar umbi. Kemenangan mampu dicapai dengan kehadiran yang menyantuni rakyat, dan jentera yang hidup dan berfungsi, tambahnya.

“Inilah saatnya untuk kita mengembalikan ideologi asal parti kita, demi menyatukan semula kekuatan KEADILAN dengan roh perjuangan asal – membawa keadilan kepada semua, mengambil kira keperluan sosioekonomi dan peluang yang terbaik tidak mengira bangsa, latar belakang mahupun kepercayaan,” katanya.

“Saya sedar bahawa tidak ada sesiapa yang mampu melakukannya seorang diri. Justeru, saya komited untuk mendengar, memperkasa dan memperkukuh cabang-cabang agar kita dapat bergerak sederap, berpadu tenaga secara aktif, dan bersatu dalam matlamat yang sama,” tambahnya.

Terkilan serangan peribadi

Mengulas lanjut lagi, beliau melihat beberapa penyokong KEADILAN mengeluarkan kata nista menyerang peribadi, malahan dipanggil dengan pelbagai gelaran dan status perkahwinan beliau juga dijadikan ejekan kempen dan terkilan dengan tohmahan itu.

“Seruan saya kepada semua, jangan sesekali menyerang pimpinan dan sahabat seperjuangan yang lain dengan biadab, apatah lagi menyentuh isu peribadi mereka.

Ini parti yang telah kita bina bersama. Kita boleh bertembung idea dan berbeza pandangan sepanjang pemilihan ini, tetapi kekal lah dengan adab dan hikmah. Berhujahlah dengan fakta, bukan dengan emosi, hinaan, gelaran dan kata-kata kesat,” katanya.

Biduk lalu, kiambang bertaut

Sementara itu, beliau menyeru kesemua anggota parti membina semula kekuatan dalaman PKR sekali gus menjadi tali pengikat termasuk semangat, setia kawan dan persaudaraan.

“Kita disegani kerana menjaga idealisme dan membina jambatan dengan parti-parti komponen agar mudah mewakili rakyat.

“Marilah bersama membugar semula semangat kekitaan dan keberanian mendepani cabaran menerusi pengukuhan organisasi dan keberadaan KEADILAN di akar umbi,” jelasnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *