Polis buru suspek lempar bom petrol

PETALING JAYA – Polis memburu individu disyaki melontar bom petrol atau “molotov cocktail” sebanyak lima kali ke sebuah rumah di Kampung Rapat, Ipoh.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang wanita 62 tahun membuat lima laporan antara 26 Mac hingga 4 April lalu yang turut menerima nota ugutan ditinggalkan di depan pagar rumahnya.

“Nota tersebut meminta mangsa membayar hutang dan bom petrol juga dibaling ke dalam kawasan rumahnya sebanyak lima kali.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu depan dan dinding,” katanya menurut Utusan Malaysia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata pihak giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.

Beliau meminta pihak mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat kanan S Dasarathan di talian 012-5644485 untuk membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *