MN Holdings dianugerah projek infra pusat kuasa data bernilai RM168.9 juta

MN Holdings dianugerah projek infra pusat kuasa data bernilai RM168.9 juta

12/03/2025

KUALA LUMPUR – MN Holdings Berhad (MN Holdings) mengumumkan telah dianugerahkan projek pusat kuasa data bernilai RM168.9 juta daripada pengendali pusat data antarabangsa.

Kontrak itu adalah untuk kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) projek pencawang 275/33kV, akan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan MN Holdings dan mengukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor infrastruktur tenaga Malaysia.

Projek tersebut dijadualkan bermula pada Mac INI dan dijangka siap pada Mac 2026.

Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh berkata, projek itu mewakili langkah penting untuk MN Holdings kerana syarikat mendapatkan projek pertama dengan pengendali pusat data antarabangsa yang berpangkalan di AS.

“Ia mencerminkan keyakinan pemain global terhadap keupayaan kami dan menekankan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur kuasa yang boleh dipercayai,” katanya.

Beliau menambah, memandang ke hadapan, syarikat melihat momentum kukuh dalam sektor tenaga dan utiliti Malaysia, didorong oleh inisiatif seperti program LSS5 dan LSS5+, Tempoh Pengawalseliaan 4 (RP4) RM20 bilion dibenarkan perbelanjaan operasi (OPEX) untuk peningkatan grid dan agenda infrastruktur air AIR2040 RM10 bilion.

Dengan buku pesanan yang semakin meningkat, syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong perkembangan ini dan terbuka bagi meneroka peluang di Malaysia Timur sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat.

“Dengan penganugerahan kontrak terbaru ini, buku pesanan MN Holdings kini berjumlah RM892.4 juta, mengukuhkan trajektori pertumbuhannya dalam segmen infrastruktur dan utiliti.

“Kumpulan terus komited untuk menyokong cita-cita Malaysia untuk menjadi hab pusat data utama sambil memacu nilai jangka panjang yang mampan untuk pemegang kepentingannya,” tambah Toh. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *