Untung selepas cukai MN Holdings lonjak 217 peratus pada suku kedua 2025

20/02/2025:

KUALA LUMPUR – MN Holdings Berhad (MN Holdings), pakar penyelesaian pembinaan utiliti infrastruktur dan kejuruteraan terkemuka di Malaysia, mengumumkan untung selepas cukai melonjak 217 peratus kepada RM12.7 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2024 (S2 TK2025).

MN Holdings mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 68 peratus kepada RM125.5 juta, berbanding RM74.9 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Segmen kejuruteraan utiliti bawah tanahbmenyaksikan lonjakan hasil sebanyak 128 peratus kepada RM60 juta.

Segmen kejuruteraan pencawang menyumbang RM65 juta, mewakili 52 peratus daripada jumlah hasil.

Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh, berkata, momentum pertumbuhan daripada utiliti bawah tanah dan projek kejuruteraan pencawang kami mencerminkan keupayaan pelaksanaan dan kekuatan buku pesanan syarikat.

Dengan peningkatan pelaburan dalam infrastruktur dan pengagihan kuasa, kami kekal optimistik tentang keupayaan kami untuk memacu pertumbuhan pendapatan jangka panjang dan mampan,” katanya.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi suku tersebut melonjak sebanyak 204 peratus kepada RM17.3 juta, berbanding RM5.7 juta setahun lalu, didorong oleh pelaksanaan projek yang dipertingkatkan dan pengiktirafan hasil yang lebih tinggi.

PAT melonjak tiga kali ganda kepada RM12.7 juta, daripada RM4 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MN Holdings kekal fokus untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sektor infrastruktur utama, memastikan pertumbuhan hasil dan keuntungan berterusan pada suku akan datang. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *