Seni Jaya ambil alih Unilink dan Vision untuk tingkatkan keupayaan pengiklanan digital

Seni Jaya ambil alih Unilink dan Vision untuk tingkatkan keupayaan pengiklanan digital

20/02/2025:

KUALA LUMPUR – Seni Jaya Corporation Berhad (Seni Jaya), pakar media luar (OOH) yang terkemuka di Malaysia mengumumkan telah memeterai Perjanjian Utama (HOA) untuk cadangan pengambilalihan Unilink Outdoor Sdn. Bhd. (Unilink) dan Vision OOH Sdn. Bhd. (Vision).

Perjanjian tersebut untuk menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Unilink dan Vision.

Cadangan pengambilalihan Unilink akan dipenuhi sebahagiannya melalui tunai dan terbitan saham biasa baharu dalam Seni Jaya, manakala cadangan pengambilalihan Vision akan dipenuhi sepenuhnya melalui terbitan saham biasa baharu dalam Seni Jaya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya, Jeff Cheah See Heong berkata, langkah strategik ini sejajar dengan visi syarikat untuk meningkatkan lagi kehadiran dalam landskap pengiklanan OOH, khususnya di lokasi utama di seluruh Malaysia.

“Cadangan pengambilalihan Unilink dan Vision bukan sahaja akan mengembangkan portfolio aset media kami tetapi juga mewujudkan sinergi yang akan mengukuhkan kedudukan pasaran kami dan meningkatkan keuntungan masa hadapan.

“Apabila penggunaan digital semakin pantas, penyepaduan syarikat ini ke dalam operasi kami akan mengukuhkan keupayaan kami untuk menyampaikan penyelesaian pengiklanan termaju dan dipacu data kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau menambah cadangan pengambilalihan ini akan meluaskan rangkaian media Seni Jaya dengan ketara, terutamanya di lokasi berimpak tinggi, dan mengukuhkan strategi transformasi digital Syarikat dan anak-anak syarikatnya.

“Dengan cadangan pengambilalihan ini, Seni Jaya akan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan aset pengiklanan trafik tinggi dan mengembangkan lagi kehadiran kami di lokasi bandar utama.

“Kami kekal komited untuk memacu inovasi, transformasi digital dan penyelesaian pengiklanan dipacu data, memastikan penciptaan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan kami,” tambahnya.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka meningkatkan jejak pengiklanan Seni Jaya, menyediakan akses yang lebih besar kepada ruang media premium, dan meningkatkan kecekapan operasi melalui skala ekonomi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *