Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan

SEOUL – Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Pendengaran itu akan diadakan serentak dengan sesi pendengaran persediaan pertama bagi perbicaraan jenayahnya yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal.

Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada Yoon akan hadir secara peribadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Yoon didakwa pada 26 Jan atas tuduhan mengetuai pemberontakan melalui pelaksanaan undang-undang tentera secara singkat pada 3 Dis.

Beliau telah ditahan di Pusat Tahanan Seoul di Uiwang, selatan ibu negara, sejak penyiasat menahannya di kediaman rasminya pada 15 Jan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *